Berbahasa
Selepas menimbangkan cadangan rakan kita Kotakkosong, saya memutuskan untuk menggunakan Bahasa Melayu untuk paparan 'blog' saya pada hari Isnin yang biru ini. *menguap*
Seperti yang biasa, hari Isnin sememangnya tidak dialu-alukan. Kalaulah dapat tidur 5-6 jam lagi, barulah kepuasan lebih berimpak. Malangnya, tiada apa yang dapat kita lakukan. Sedihnya.
Hujung minggu saya yang lalu hanya sederhana. Bergotong royong di pejabat pada hari Sabtu, mengosongkan bilik setor. Selepas itu, saya pergi menonton 'orang labah-labah kedua' pada malam hari. Tersangat bagus, penggunaan kesan-kesan istimewa dan cara lakonan sungguh menakjubkan! Tiada terasa pun betapa kelakarnya nama 'Tobey', pelakon utama tayangan itu.
Pada hari Ahad, saya membantu rakan saya memulakan kelas bimbingan matematiknya di 'Studio Budak-budak Kreatif'. Saya terpegun dengan kadar harge kelas itu. Pada RM35 sejam, dengan 4 jam seminggu, rakan saya mampu mengaut keuntungan yang bersamaan dengan apa yang diraut saya dengan hanya 11 murid! Bidang kerja ini sememangya mampu membawa untung! *bermimpi*
Sebelum DBP datang menyaman saya kerana merosakkan bahasa Melayu, baik saya menamatkan paparan ini untuk seketika. Semoga hari Isnin yang biru ini membawa kegembiraan kepada rakan-rakan sekalian!
(cubaan berbahasa saya sememangnya sedih....)